Saturday, January 2, 2010

Hobi yg tak dapat di elakkan.


"Tak sangka yee.."
Apa yg tak sangka tu erk Ncek Yus...??
Ok..Sebenarnya aku saje nak bercerita tentang satu hobi ghairah aku pada korang semua. Apa yg ghairah sangat tu ye..?? Aku ghairah pada duit syiling. Pantang aku nampak "10sen,20sen dan 50sen" pasti aku akan kutip dan letaknya dalam satu bekas khas utk duit syilling ni. Jika 10sen dan 20sen aku akan campur duit tu dalam satu bekas, dan jika duit 50sen, aku sediakan dalam satu bekas utk 50sen saje. Tapi aku lebih berminat jika dapat kumpul syilling 50sen ni, sbb utamanya ialah saiz dan bentuknya. Lebih2 lagi bila dah banyak, berat saje bila diangkat. Tak sangka koleksi syilling aku ni semakin bertambah dan terus bertambah. Dalam kiraan aku, rasanya duit syilling aku ni bila dikira semuanya adalah dalam rm500 gitu, ada 8 bekas duit syilling yg aku sediakan semuanya full, tu pun aku kira 5 bekas duit syilling 50sen drp 8 bekas duit syilling yg lain.
So..azam tahun baru ni, aku akan start kumpul duit RM1 dalam masa setahun, kiranya aku jadikan hobi aku ni as a habit. Berbaloi tak...?? aku rasa berbaloi sangat. Na tahu waktu terdesak, aku terpaksa gunakannya..tapi aku rasa, apa yg aku simpan, insyaAllah aku takkan gunakannya..sayang siut...!! Dan tahun berikutnya meningkat kepada RM5 pulak...hehehe...
Try la dengan habit mcm ni, berapa lama korang bleh bertahan utk berikan komitmen dalam hobi sebegini, jangan sampai dah menggunung, tak boleh tahan..habis dibelanjakan. Moral of the story is.."belajar utk berjimat dan belajar utk bersabar dan menahan nafsu shoping"..hehehehehe...Sabar aje lah...

NcekYus - Berbaloi-baloi jika kena pada caranya.
Post a Comment