Friday, June 18, 2010

Masih mengharap.

Sejak akhir ini, banyak betul dugaan dan rintangan yang aku lalui lebih2 lagi tentang kerja yang aku jalankan sekarang ni, biasalah..ada masa kini ada naiknya, dan ada masa kita ada turunnya, mungkin orang cakap bila berniaga kita perlu ada projek untuk berjaya, tapi perlu diingat..setakat ada projek tapi tiada modal memang tak berguna, memang boleh dilakukan, cuma risiko yang perlu kita tanggung tu besar, lebih2 lagi dalam perniagaan perlu ada "KEPERCAYAAN". Jika hilang kepercayaan, maka hilanglah kejayaan dalam sesebuah perniagaan, melainan kita ni dilahirkan sebagai orang yang kaya dan tak takut akan kerugian dan ditipu.

Aku masih lagi mencari2 punca dan aku masih lagi perlu banyak belajar dalam seni hidup ini, hidup bagaikan ART, penuh dengan misteri dan keunikannya sendiri, tapi kita perlu kreatif dalam membentuknya, supaya terserlah kemewahan dalam seninya... tapi itulah, bila terasa macam ni, sebenarnya ada unsur2 give up dalam diri ni, tapi cuba gak bangkit dan pujuk diri sendiri utk teruskan. Aku memang mengharapkan apa yg dirancang menjadi kenyataan dalam sekelip mata, sebab dah merasa akan keperitannya. Tapi Alhamdulillah...masih ada sinar peluang di depan mata, cuma tak tahu bagaimana untuk menyelesaikannya... "YA ALLAH..SEMOGA DIRIKU SENTIASA DIMURAHKAN AKAN REZEKIMU,SEMOGA APA YANG DIRANCANG AKAN DICAPAI DENGAN NIKMAT" KESYUKURAN..AMIN..

NcekYus..

No comments: