Friday, October 29, 2010

Luahan hati ku..verse 2

Erm...
aku ada buat salah ke kat GF aku sampai dia terasa hati dengan aku...??
entahlah..try nak jadi the best person sebenarnya, kadang kita ni terlalu ikut hati dan rasa..bukan apa, sesuatu perkara tu aku kena focus..time keje untuk keje, time peribadi untuk peribadi. Ada masa aku biarkan dia dengan kebebasan dia untuk dia rasa lebih selesa dengan keadaan sekeliling, lagipun aku bukan jenis suka mengongkong, sebab aku tau, bila aku dah mula mengongkong kehidupan org yg aku syg, masa tu aku dapat rasa, semua yg dibuat aku mesti tak benarkan, walaupun dia keluar ngn kawan sekalipn. Sometime aku nak dia berdikari..tapi maksud berdikari tu bukan aku nak lepaskan dia macam tu je. Ada masa dia kena lakukan sendiri, ada masa aku yg bantu dia, mean..benda tu balance. Aku pun faham situasi tu macam na.. tapi buat masa ni aku sendiri rasa terabai sebenarnya. Aku takkan diri aku di sia2 kan.. bercinta memang indah, tp setakat bercinta tanpa perancangan untuk masa depan apa akan jadi??? Biarlah ia nya perit pada mulanya, asalkan bila tiba masa untuk membina mahligai tu kebahagiaan untuk selamanya, kita diuji dan diuji dengan bermacam2 dugaan, so...hadapi dugaan tu.

Untuk jadi yg terbaik kita kena buat satu keputusan yg diluar jangkaan kita, waktu aku bukan waktu untuk enjoy.. enjoy bila perlu..why not pas kawin enjoy dengan life yg baru, life husband and wife. Tengah kuat ni, biarlah aku cari duit, capai impian. Jgn bila dah kawin, apa pun x ada, sape nak tanggung? Nak harapkan duit bini, aku tak nak...tu hak dia, aku sebagai suami mesti ada ego sendiri, berikan nafkah bkn meminta, tapi memberi..walaupun hidup dalam pekongsian, tapi dalam agama, si suami punya tanggungjawab perlu dijalankan..melainkan jika terdesak. Aku memang sgt syg dgn Cinta aku, harap..jgn la terasa hati sangat..ni untuk masa depan..dan tolong lah jgn ungkit kisah silam, perkara dah berlaku, benda tu xkan berulang...kerana sebab kecillah berlaku perkara yg besar, kerana sebab kecillah, dulu kita hepi selepas tu tak ceria.. jangan masukkan perkara negatif dalam hubungan ini, yang penting pertahankan apa yg perlu dipertahankan, bersyukur kerana masih ada yg sayang pd kita dan terima kita seadanya. Selagi masih bernafas, cuba untuk jadi insan yg terbaik untuk dirinya.. Love u SWEET..:)

just 4 u syg..:)

p/s - Jangan ada kenangan lama dalam hidup kita, biarlah kenangan baru yg menyelubungi kita, jika mahukan kenangan lama..kenang lah jasa ayah dan ibu mu yg bersusah payah menjaga dan mendidik mu...(General)
Post a Comment