Friday, November 19, 2010

WANITA DINODAI 2 POLIS PALSU

PETALING JAYA: Seorang pelayan restoran warga Myanmar dirogol bergilir-gilir oleh dua lelaki yang menyamar sebagai polis di sebuah kawasan perindustrian di Kelana Jaya, dekat sini, malam kelmarin.

Ketika kejadian jam 10 malam itu, mangsa menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya sebelum ditahan dua lelaki terbabit yang memperkenalkan diri sebagai anggota polis.

Dua lelaki berkenaan yang menaiki kereta Proton Waja berwarna perak pada mulanya meminta mangsa menunjukkan dokumen pengenalan diri dan selepas diberi, mereka meminta mangsa memberikan wang pula.

Mangsa yang ketika itu tiada wang dipaksa masuk ke dalam kereta dengan alasan ingin membawanya ke balai polis namun sebaliknya dibawa ke sebuah kawasan perindustrian.

Mangsa yang tidak tahu muslihat dua lelaki terbabit hanya mengikut arahan mereka namun tidak menyangka ia menjadi sejarah hitam dalam hidupnya apabila menjadi pemuas nafsu seks dua lelaki berkenaan yang merogolnya secara bergilir-gilir di tempat duduk belakang kereta. Selepas puas meratah tubuh mangsa, mereka meninggalkan mangsa bersendirian.

Mangsa membuat laporan di Balai Polis Kelana Jaya.

Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 376 kanun Keseksaan.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seorang kontraktor kerugian RM25,000 apabila disamun di tepi jalan SS 7, Kelana Jaya, dekat sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 petang itu, mangsa yang baru mengeluarkan wang berkenaan dari sebuah bank dan dalam perjalanan ke pejabat berhenti seketika di kawasan kejadian untuk membuang air kecil.

Bagaimanapun, secara tiba-tiba mangsa didatangi empat lelaki menunggang dua motosikal berhenti dan mengacu pisau kepadanya serta meminta menyerahkan wang kepada mereka.

Mangsa dipercayai sudah mengekori sejak dia mengeluarkan duit dari bank dan penjenayah terbabit menunggu peluang terbaik untuk menyamun.


AKU BERKATA - Apa la dorang ni, xada keje lain ke nak buat? Dah mcm tak selamat je Negara sendiri kalau ada makhluk2 tolol yg suka amik kesempatan dan buat jenayah "FREELANCE" ni. Walaupun si mangsa tu warga asing sekali pun, dorang pun ada maruah... klau korang ar, jmp makhluk2 bangang ni.korang nak wat ape..?? bak kata antu dalam cite laksamana bujang lapok..."Tangkap mereka, KITA BUAT SATE"..huhuhu

p/s - Pic diatas tiada kena mengena dalam cite diatas...sekadar memberitahu..NO..NO..NO.. jgn sesekali nak cari pasal ngn aku...he he

No comments: