Tuesday, July 26, 2011

Berita yg tak disangka.

Semalam dikejutkan dengan berita kematian isteri sepupu ku.. Memang agak terkejut sebab dah lama tak dengar khabar berita dan bersua muka, yelah.. bz dgn kerja seharian.
Aku memang tahu mengenai arwahyahamah yg mengidap penyakit buah pinggang, so.. arwahyahamah dah memang terlantar di Hospital UKM untuk membuat operation pada buah pinggangnye.. yelah, "ajal maut ditangan Allah", operation tidak berjaya, Arwahyahamah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di HUKM jam 6 petang semalam. Aku tahu pun kira-kira jam 7.30pm, agak terkilan jugak sebab xdapat melihat Arwahyahamah pada malam td, sampai je di HUKM jenazah sudah dihantar ke Sungkai Perak pada jam 9.30pm (Mandi dan dikapankan di Hospital). 
Pada hakikatnya.. hidup ini adalah sgt singkat, kerana kematian sgt2 hampir pada diri kita, esok, lusa dan bila-bila ia akan menemani kita tidak kira usia kita muda dan sihat, kerana kita milik dia dan kita adalah hamba padaNya.
Sebagai renungan bersama, "bekerja seperti kamu hidup 1000 tahun lagi dan beribadah seperti kamu mati esok" 
Buat sepupuku Abdullah Munzir, bersabarlah..ini adalah dugaan bagi setiap hambanya, muhasabahkan diri dan teruskan kehidupanmu, menjaga dan mendidik anak-anak mu menjadi orang yang berjaya di Dunia serta Diakhirat kelak. Kami semua ada untuk memberikan sepenuh sokongan.
Al-Fatihah .. keatas Roh Allahyarhamah Nor Aslinda, semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang beriman.. Amin.


isi spoiler...

2 comments:

idryanie said...

Al-Fatihah tuk arwah...
tp ada kekonpiusan seket...sepupu isteriku atau isteri sepupuku???

Unknown said...

hahaha... sori2..salah la pulok...tq yee