Tuesday, March 31, 2009

Kebetulan Episod - 2

Kali ni n3 aku asyik bercerita tentang kebetulan je, ingat..!!! KEBETULAN..bukan Pembetulan okkey....!!

Baca blog sna..baca blog sini..kebanyakannya berceritakan tentang kematian, seriously, itulah kebenarannya. Aku pulak baru balik dari melawat orang meninggal di Perak. Abg Ipar aku punya adik telah pergi menemui illahi pagi td akibat kemalangan jalan raya di Higway Kuala Kubu, sedih pun ada, sebak apatah lagi.. yelah..sebelum arwah meninggal, dia pergi melawat anaknya eksiden dekat Hospital Shah Alam..Akibat eksiden jugak, patah kaki masuk besi. Selang beberapa hari lepas tuh..Arwah plak pergi untuk selamanya.. tahun lepas pulak adiknya meninggal akibat kemalangan jalan raya jugak..herm..semua nya tentang kematian dan kemalangan, dan perkara ni kerap sangat berlaku.

Entah la..dah ajal, apa pun boleh berlaku...kadang2 kita ni nampak sihat, tapi klau Allah nak tarik nyawa hambanya..bila2 masa saja, betul tak..??? Bila dengar tentang kematian orang mula rasa insaf dan takut. Tapi kesedaran tu hanya seketika, lepas tuh hilang mcm tu saje. Manusia yg selalu ingat mati selalu manusia yg benar2 sujud dan menyembah akan penciptanya, takut akan semua dosa2 yg di lakukan, tak berani melakukan dosa dan sentiasa mengingati mati.
Lagi satu.. bila berlaku kematian, elok sangat jika kita pergi melawat dan tolong menguruskan jenazah, agar kita sendiri sedar akan smuanya..dimanakah letaknya kita selepas mati..?? Di Syurga?? belum tentu lagi..Di Neraka?? Sudah tentu sekali.. so..jika korang nak tolak akan tafsiran aku tu, korang pilihlah jalan ke Syurga..mcm na nk melaluinya..?? Perbanyakkan amalan dan perkuatkan iman serta banyak membuat kebaikan dari kejahatan..walaupun sedikit, tapi hikmah yg Allah berikan tu memang sangat2 berharga..cuma kita tak dapat melihat akannya..keputusannya selepas kita mati dan di soal kelak.. Herm...Takut siut.

Bila Ustaz membaca Talkin, secara automatik korang akan terasa bulu roma naik, dengar setiap bacaan dan ucapan yg disampaikan.. Siapa Tuhan kamu..? Dimana kiblatmu..? Apa ajaranmu...??? Siapa utusanmu..?? apa yg kamu lakukan selama hidup ini didunia..?? Pergh!!!...boleh korang jawab bila mati nnt..?? takkan korang nk hafal akan jawapan2 tuh, confirm tak boleh..sebab setiap tubuh badan kita ni akan menjawab akan perbuatan dan perkara yg kita lakukan kat dunia ni..tak boleh membohong..aduiii..macam na la gamaknye kan...? korang dah bersedia nak mati.??jawapannya tentu tidak..sebab apa..banyak perkara kat dunia ni tak tercapai dan sibuk mengejar kekayaan dunia...memang lah korang tak ingat nak MATI. Tapi..bila dah tercapai...?? korang ingat akan kematian??..mana ada ingat..lagi korang leka dengan kehidupan. Aku penah berikan satu soalan pada seorang lelaki Kaya yg berumur dan sakit, cuma tiba masa nak pergi saje... korang tahu apa jawapan yg beliau berikan..??
"Kekayaan tak mampu utk mengubati kesakitan penyakitnya, lagi menambah kan sakitnya ada, bila dah kaya, tetap tersadai di atas katil, makan susah, minum susah, segalanya susah.. hanya mengharapkan tong oksigen dan ubat - ubatan saja, duit dah tak bermakna dalam hidup..sebab, duit hanya laku bila kita sihat, kuat dan suka berfoya2."
Jawapan yg memang bernas, betul apa yg di katakan..duit ni laku masa kita sihat, bila dah sakit..tak ada makna. Sebab nyawa, tak boleh di beli dengan wang tunai..bayar banyak mana pun utk sihat..Kematian tetap hadir. So..kesedaran ni aku kongsikan bersama korang jugak, sbb nya aku pun kadang2 leka akan kehidupan dunia, aku menyedarkan diri aku apabila setiap kali ada pengumuman tentang Kematian, aku akan hadir, walaupun kita tak mengenali orang tu, dan dari situ kalau korang nak lihat setiap jasa dan pengorbanan seseorang semasa di dunia ni dengan melihat berapa orang datang menziarah jenazahnya...kat situ nanti ada lah jawapan yg korang tak pasti yg pasti korang dapat tahu..so.. setiap yg berlaku adakah kebetulan atau sudah di rancang..korang FIKIRLAH sendiri..


Rebungan Buat diri.
-MrYusSmiLe-

p/s - korang seram tak tengok gmbr di atas..aku tgk je bulu roma aku naik... Subhanallah..
Post a Comment