Thursday, June 23, 2011

Perlu lebih USAHA

Baru-baru ni NcekYus teramat penat dan lesu dengan kerja, masa untuk merehatkan diri amat kurang, takut juga akan mendatangkan penyakit. Tapi tu semua bukan alasan untuk NcekYus tiada masa untuk diri sendiri, ada... cuma agak kureng ar.

Next month dah start puasa, so..ada sapa-sapa yg masih belum berganti akan puasanya? NcekYus otw nak ganti.. ganti puasa yg lepas-lepas, hehe...puasa masa NcekYus masih hingusan lagi. Tahun ni NcekYus cari duit lebih, macam biasa.. berniaga di Bazar Ramadhan, Kali ni NcekYus dapat tapak di S13 Shah Alam, bersebelahan dengan Stadium Malawati Shah Alam, klau orang Selangor dia tahu la mana area tu, tapak pasal Karat. Tahun ni still meniaga macam biasa, meniaga Air jugak..tu pun disebabkan cuaca sekarang yg amat terik dan panas. dan tu la sebab musabab NcekYus meniaga Air. Harap bulan ni dapat extra money la. Nak kumpul modal nak bina opis dan kedai .. InsyaAllah.

Tahun ni, tahun NcekYus kerja keras..seperti yg NcekYus khabarkan..NcekYus nak kumpul modal untuk bina bangunan, NcekYus nak kembangkan bisnes NcekYus dan pelbagaikan corak kerja NcekYus, banyak plan yg nak dibuat, cuma tunggu masa dan waktu saja untuk merangkanya, InsyaAllah..ada rezeki, dalam masa terdekat ni NcekYus akan capai, itupun kalau tiada halangan dan ada insan yg boleh membantu untuk capai impian ni.. So..NcekYus kena USAHA LEBIH..kawan2 semua doakan semoga jalan yg NcekYus lalui dipermudahkan ok... TQ

Post a Comment