Monday, April 1, 2013

Percaya

Assalam mualaikum..?
Argh..!! Kopak..Ranap.. Hari ni kena sedikit musibah, kereta breakdown, tp breakdown betul2 dekat dengan bengkel la, tengah syok memandu tetiba radio mati..HOK ALOH..!! Sudaaa.. Apa kes.. try la On Radio but nothing happen. Sekali mata tertumpu pada konsol jam di dashboard.
OK..!! Dah tau dah apa punca.. keretaku bergerak menggunakan kuasa direct dari bateri kereta, my alternator sudah JAHANAM. Fine.. otak melilau pikir macam na nak buat, tengah drive ni.. ni kalau bawak sampai rumah memang tak sempat, mau2 akan menambahkan traffik jem ni dikala orang sedang berlumba2 untuk pulang ke rumah.
Cari la kawasan shop lot, mana tau ada bengkel kereta yg berdekatan, memang ada, Alhamdulillah.. tapi parking tempat lain dulu, depan sikit dari bengkel kereta, nak double check utk kepastian pada kerosakan kereta. KOMPEM.. alternator problem.. ha ha ha.. Adess,,,!! rabak2.... so, pegilah jumpa tokey kedai kereta tu, seriusly.. tokey tu betul2 friendly la dan mudah bawak bincang, diskus2... tanya tu, tanya ni, kau tim harga..so, kasi tukar itu barang siap servis dan macam2 la.
Dalam sibuk diorang tengah repair sambil aku peratikan dorang repair kereta tu, kepala otak berfikir, betapa ALLAH tu maha kaya, Kalau dia nak berikan rezeki kepada hambanya, tak kira lah dia bangsa apa, CINA atau INDIA, dia tetap akan bagi, contohnya kes aku ni lah.. kereta rosak, cari bengkel, jumpa bengkel yg berdekatan, kat situ boleh lihat betapa ALLAH merancang segalanya. Yang penting percaya akan rezeki ALLAH seperti mana kaum Cina percayakan Feng Shui.. Bila dia percaya benda2 macam ni, dia mendapat kekuatan untuk berusaha ke jalan yg boleh buat dia berjaya. Padahal.. mereka berjaya sebab usaha mereka sendiri, tapi disebabkan KEPERCAYAAN inilah, menjadikan diorang lebih bekerja keras untuk berjaya. Motif pertama.. PERCAYA REZEKI yg ALLAH beri kepada hambanya. Motif ke-2, kena USAHA. aka BEKERJA.
Alhamdulillah.. apa yg berlaku memang ada hikmah.. untuk ku berfikir lebih jauh. Apa pn servis Cina tu memang bagus. Wa Respek..!! Sebab sebelum ni hantar pada bangsa sendiri, tengok buat kerja lebih kurang je.. Takpe la.. last dah.
p/s - Tak semua bangsa kita buat kerja tak bagus, tapi buatlah benda dengan kesungguhan seperti bangsa lain. Dan tak semua bangsa lain tu bagus asal dia mampu buat kerja dengan baik kita pasti mahukan perkhidmatannya berkali2. Right?
:)

Post a Comment