Friday, October 24, 2008

Mr.&Mrs.Smith


Malam ni bosan suit….aku plak baru bangun tido..pas maghrib tadi tetiba lak aku nak lelapkan mata..amik ko…bangun awal..malam ni berjaga la aku gamaknya. Otak aku dah pening banget dah ni mungkin sebab terlebih tido agaknya. Badan pulak dah start sakit dah. Aku benci macam ni. Dah lama aku tak bersukan dan dah lama aku tak merasakan bola di kaki (main bola)..:). Rasa macam nak main futsal tapi tu lah member2pun dah kurang bersukan macam dulu..klau tak dulu kerap jugak main dan lawan. Makin berat badan aku sekarang ni dan tak ringan macam dulu lagi.

Ok..malam ni aku nak layan DVD. Cari2 DVD kat aku punya almari stok terjumpa DVD Mr.&Mrs Smith…hehehe..entah la, kenapa aku teringin sangat nak tengok cite ni. Ada kenangan kot dalam cerita ni, lagipun cerita ni menarik bagi aku, serius ada, lawakpun ada…laki bini kerja sebagai pembunuh upahan..ganas suit..tapi masing2 tak tahu identity masing2. Bila bersama diorang macam pasangan suami isteri yang lain.. Angelina Jolie dengan kerja surirumah dia yang suka decorate rumah dan kerja di syarikat Network I-Temp dan Brad Pitt yang berlainan pandangan dengan isterinya..dan kerja di bahagian construction. Macam2 la..korang sndiri dah tahu jalan ceritanya.. tapi aku tetap nak melayan jugak cite ni..janji adalah aktiviti aku malam ni..huhuhu..

Oklah… selamat menonton dan selamat melayan…wakakaka.. Peace no war ok.

-MrYusSmile-

Post a Comment